Tip WordPress: Papar post dari kategori tertentu

Keep Reading ...

Kebiasaannya post yang dibuat akan dipaparkan di halaman utama blog tanpa mengira kategori. Bagaimana jika hanya paparkan kategori tertentu sahaja? Sebagai contoh, kategori news & paparan sebanyak 5 post sahaja:-

<?php query_posts(’category_name=news&showposts=5′); ?>
<?php while (have_posts()) : the_post(); ?>




<?php endwhile;?>

Hanya salin code <?php query_posts(’category_name=news&showposts=5′); ?> ke dalam file index.php dalam theme yang digunakan, tukar news kepada kategori yang dikehendaki & 5 kepada bilangan paparan yang diperlukan. Di laman web ini saya paparkan category_name=tipswordpress&showposts=1

Tip WordPress: Pengenalan

Keep Reading ...

Selepas menggunakan WordPress hampir 2 minggu, terasa banyak tips & tricks yang ditemui. Alhamdulillah dengan pengalaman sebagai seorang web programmer banyak membantu menyelesaikan beberapa fungsi dalam WordPress ni.

InsyaAllah saya akan cuba menunjukkan beberapa tips & tricks yang agak menarik untuk kegunaan bersama.

Jika anda mempunyai sebarang masalah tentang penggunaan WordPress, sila gunakan form dlm page Hubungi. InsyaAllah saya akan cuba membantu…

OnlineNiaga.com - SMS Alert

Keep Reading ...

Penambahan SMS Alert bagi setiap pendaftaran ahli baru di OnlineNiaga.com. Format SMS yang akan diterima:-

Ahli Baru:
Congratulation! Your Sponsor Bonus RMXX.XX. Total E-Wallet: RMXX.XX

Penaja:
Welcome to onlineniaga.com. Your ID: XXXXXXXXXX, Password: XXXXX. Pls update your personal info. TQ

OnlineNiaga.com dilancarkan

Keep Reading ...

System Online Niaga di lancarkan hari ni. Laman web dibangunkan sendiri oleh pelanggan. Ingat nak pakai WordPress tapi dah diaorang nak buat sendiri jugak biar je la.

Web: www.onlineniaga.com

Member Area: www.onlineniaga.com/member

Jenis Bonus:-

  • Sponsor Bonus
  • Unilevel Bonus
  • Matrix + Cycle Bonus
  • Pool Bonus

Rahsia Nombor Rumah

Keep Reading ...

No Rumah: 77
7 + 7 = 14
1 + 4 = 5

Rumah nombor 5
“Wow, rumah jenis ini boleh diibaratkan seperti hotel. Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu, mereka yang tinggal di rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga. Mereka akan juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan. Biasanya mereka yang bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini.Namun begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit.Polisi insuran sering mendapat perhatian khusus dari pernghuni rumah ini.Mereka juga sering menerima panggilan telefon dan surat yang tersalah alamat.Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan kebendaan”

Boleh pecaya ke ni?

Bengkel WordPress 26/4/2009

Keep Reading ...
Bengkel WordPress

Bengkel WordPress

Semalam (26/04/2009) join Bengkel WordPress oleh Catzer. Dah lama tak duduk macam tu dalam lab berpinau jugak biji mata. Nak kata tak boleh godek2 sendiri WP ni tak jugak. Sekali sekala rasanya perlu jugak join benda2 macam tu untuk berkongsi ilmu & skill. Lagipun tu juga salah satu cara marketing/networking.

Lepas abis bengkel rasa macam nak buat bengkel sendiri pulak. Dah lama tak ngajar orang ni. Last rasanya tahun 2005 masa buat bengkel PHP kat USM Kota Bharu. Jangan marah ye Catz, curi ilmu skit :)